Gaji kecil tetap kena beri nafkah - Utusan Malaysia

Gaji kecil tetap kena beri nafkah

Fauwaz
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Soalan
Bagaimanakah seorang suami yang bergaji kecil boleh memberi nafkah zahir kepada isterinya sedangkan gaji hendak makan pun tak cukup?

Zaidi Amir
Terengganu

Jawapan
Kalau dia bergaji kecil dia boleh memberi nafkah yang termampu kepada isterinya. Yang kurang itu dia boleh minta halal daripada isteri atau menjadikan ia sebagai hutang sehingga dia bergaji tinggi dan bayar hutang itu. Yang penting nafkah mesti diberi kepada isteri. Sedikit atau banyak. Ia wajib.

Baca surah sama dalam solat

Soalan
Ustaz, bolehkah baca surah yang sama dalam solat pada rakaat pertama dan kedua?

Hisham Hamzah
Selangor

Jawapan
Boleh membaca surah yang sama seperti surah al-ikhlas. Cuma ia kurang afdal atau khilaf al aula. Yang terbaik dia membaca surah yang berlainan yang dia hafaz daripada juz amma.

Halalkan hutang si mati

Soalan
Seorang kawan ada berhutang duit dengan saya. Tak sempat bayar dia meninggal dunia. Saya tidak sampai hati meminta pada isterinya. Bolehkah saya halalkan dan adakah tindakan ini baik untuk si mati?

Shahril Hasril
Pahang

Jawapan
Ya, tuan boleh meminta hutang daripada isterinya melalui harta pusaka yang dia tinggalkan. Namun kalau tuan menghalalkan hutang tersebut adalah sangat mulia amalannya.

Orang ramai boleh mengemukakan soalan kepada Ustaz Fauwaz Fadzil dengan menghantar emel kepada [email protected]

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya