Tolak ‘bersama’ suami, dibolehkan poligami - Utusan Malaysia

Tolak ‘bersama’ suami, dibolehkan poligami

Fauwaz
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Soalan
Ustaz, apa hukumnya isteri yang marah dan tidak mengizinkan poligami sedangkan isteri itu sering menolak ketika diajak untuk ‘bersama’?

Suami pening
Kuala Selangor.

Jawapan
Sebenarnya memarahi suami adalah tidak boleh seperti kita tidak boleh memarahi orang lain. Isteri mempunyai hak untuk tidak bersetuju seperti mana suami juga mempunyai hak untuk berpoligami apabila dia merasakan mampu dan keperluan. Yang terbaik berbincanglah secara baik dan memikirkan masalah keluarga.
Hukum menolak untuk bersama suami dalam keadaan tidak ada keuzuran adalah berdosa dan itu di antara sebab suami boleh berpoligami.

Mimpi roh ibu bapa

Soalan
Ustaz, betulkah jika kita mimpikan roh-roh ibu bapa atau orang yang kita sayang, bermakna roh tersebut inginkan doa atau sedekah al-fatihah daripada kita?

Nurain Jamal
Sik, Kedah

Jawapan
Secara pasti saya tidak tahu hakikat roh-roh keluarga yang datang dalam mimpi kita. Tetapi menghadiahkan al- fatihah dan mendoakan dihimpunkan roh mereka dalam kalangan orang yang beriman selepas mengalami mimpi itu adalah baik.

Istighfar penghapus dosa

Soalan
Ustaz, adakah dengan selalu beristighfar dosa-dosa kita akan diampunkan semuanya?

Wan Hani
Terengganu

Jawapan
Insya-Allah dengan selalu beristighfar kepada Allah Taala adalah pintu kepada pengampunan termasuklah dosa-dosa besar sekiranya Allah Taala inginkan.

 

Orang ramai boleh mengemukakan soalan kepada Ustaz Fauwaz Fadzil dengan menghantar emel kepada [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya