Bercerai jika suami tidak bertanggungjawab - Utusan Malaysia

Bercerai jika suami tidak bertanggungjawab

Fauwaz
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Soalan
Ustaz, berdosa besarkah jika seorang isteri meminta cerai kerana suami tidak memberi nafkah zahir dan batin walaupun sudah banyak kali ditegur?

Muhaini
Johor

Jawapan
Tidak berdosa meminta cerai jika suaminya gagal untuk memberikan nafkah zahir dan batin serta isteri berasa berlaku kemudaratan untuk terus bersama. Ini kerana syariat mengizinkan perceraian sekiranya berlaku perkara sedemikian. Memberi nafkah zahir dan batin adalah tanggungjawab yang wajib bagi seorang suami. Tetapi buatlah dengan baik dan tidak bergaduh agar kes perceraian dapat diselesaikan dengan baik.

Tanda dapat petunjuk

Soalan
Apakah tanda-tanda kita sudah dapat petunjuk daripada solat istikharah?

Mohd. Shahril
Kepong

Jawapan
Di antara tanda tanda petunjuk istikhirah perkara yang kita minta petunjuk menjadi mudah untuk kita lakukan. Kalau kita rasa macam susah maka ia memberi petunjuk kepada kita perlu meninggalkan apa yang kita buat itu.

Menasihati kawan LGBT

Soalan
Bagaimana kita mahu menasihat kawan yang mengamalkan gaya hidup songsang (LGBT) walaupun dia solat.

Taufik husni
Perak

Jawapan
Perkara ini perlukan kepelbagaian nasihat seperti kaunseling, berjumpa pakar perubatan dan kadang-kadang diperingatkan dengan ancaman dan balasan di dunia dan akhirat. Mudah-mudahan dengan cara sedemikian dia insaf. – Mingguan Malaysia

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya