Solat di masjid, surau dibenarkan bermula esok - Utusan Malaysia

Solat di masjid, surau dibenarkan bermula esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Umat Islam di Kedah dibenarkan solat Jumaat dan fardu berjemaah di masjid dan surau dengan kehadiran tidak lebih 100 orang jemaah bermula esok.

Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK), Mohd. Yusri Md. Daud berkata, kebenaran diberikan untuk masjid dan surau yang berada di mukim zon hijau, kuning serta  jingga sahaja.

Menurutnya, penentuan zon adalah mengikut mukim berdasarkan peta harian kes yang dikeluarkan oleh pihak Jabatan Kesihatan Negeri Kedah.

“Bagi mukim zon merah, bilangan  kehadiran jemaah tidak melebihi 50 orang jemaah yang telah menerima suntikan vaksin.

“Kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) pula dibenarkan dengan kehadiran lima orang sahaja terdiri daripada pegawai dan jawatankuasa masjid bagi pelaksanaan solat fardu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya