Zakat atas duit kutu - Utusan Malaysia

Zakat atas duit kutu

ADA beberapa syarat yang perlu diperhalusi bagi memastikan duit kutu yang diterima ditunaikan zakatnya. – GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Kutu adalah satu kaedah pinjam meminjam wang. Selalunya, sekumpulan orang bersetuju untuk masing-masing mendahulukan wang sebagai pinjaman dalam jumlah yang tertentu kepada satu orang lain secara bergiliran atau melalui cabutan undi.

Menurut Akta 28 Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971, ia ditafsirkan sebagai: “Kumpulan wang kutu” ertinya rancangan atau perkiraan yang dikenali dengan berbagai-bagai nama seperti kutu, cheetu, chit fund, hwei, tontine atau sebagainya yang menurutnya para pesertanya membayar yuran berkala atau selainnya kepada suatu kumpulan wang bersama dan kumpulan wang bersama itu dijual atau dibayar kepada peserta-peserta dengan jalan lelong, tender, tawaran, undi atau selainnya dan termasuklah apa-apa rancangan atau perkiraan daripada berbagai-bagai jenis seperti kutu, cheetu, chit fund, hwei atau tontine”.

Mekanisme ini amat terkenal khususnya bagi yang berpendapatan rendah. Ini kerana ia membolehkan mereka mendapat pinjaman wang yang banyak dengan segera, secara in advance, tanpa sebarang caj faedah dan dapat memenuhi keperluan dengan segera.

Namun di sisi syarak, hendaklah ada satu sistem yang menjamin agar tidak berlaku penipuan dan sebagainya, misalnya dengan dibuat perjanjian bertulis.
Oleh itu, melihat kepada sistem kutu maka dapat dirumuskan bahawa ia adalah sebahagian daripada bentuk hutang. Dalam perbahasan fikah, memang ada disebutkan tentang zakat ke atas hutang.

Ada beberapa syarat bagi zakat hutang:

Pertama, hutang itu hendaklah dalam bentuk mal zakawi (harta zakat), iaitu wang.

Kedua, ia melibatkan dua pihak yang terlibat, iaitu pemberi hutang (pencarum wang kutu) dan penerima hutang (penerima wang kutu).

Ketiga, melihat kepada kondisi hutang sama ada ia boleh diterima kembali ataupun hutang yang tiada harapan dibayar balik. Kutu memenuhi ketiga-tiga syarat ini.

Bagi pemain kutu yang telah menerima wang kutunya (penerima hutang), maka hendaklah dilihat apakah dia telah menggunakan wang itu hingga habis. Jika habis, maka tiada zakat ke atasnya.

Jika wang itu dilaburkan atau disimpan (masih utuh), maka wajib baginya membayar zakat ke atasnya dengan digabungkan bersama wang yang lain. Namun dia perlu menolak jumlah carumannya sendiri terlebih dahulu.

 

CONTOH PENGIRAAN ZAKAT

Bagi pencarum kutu yang belum menerima wang, maka mereka hakikatnya akan tetap menerimanya juga, kerana ada jaminannya (masuk kategori hutang yang ada harapan dibayar).

Maka, pada tarikh haul, wajib baginya mencampurkan RM11,000 yang bakal diterima itu biarpun dia belum menerimanya lagi. Contoh: Haul Abu ialah pada Oktober, sedangkan dia akan menerima wang kutu pada Disember.

Maka, pada Oktober semua wang Abu perlu digabungkan bersama-sama wang kutu yang bakal dia terima (ditolak RM1,000 carumannya sendiri).

Maka, keseluruhan wang wajib zakat RM36,000 x 2.5% = zakat.

Kesimpulannya, mereka yang terlibat dalam permainan kutu wajib mengeluarkan zakat sebagai zakat hutang, sama ada ia sudah diterima ataupun bakal diterima, dengan melihat kepada syarat-syarat zakat ke atas hutang seperti yang telah dibahaskan oleh para fuqaha. Wallahua’alam.

  • Ustaz Hamizul bin Abdul Hamid, Ketua Jabatan Sekretariat Dakwah, Lembaga Zakat Selangor (MAIS) dan boleh dihubungi di [email protected].
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN