Anjung Syawal 2027 sasar 1.5 juta pengunjung

Anjung Syawal 2027 sasar 1.5 juta pengunjung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Anjung Syawal 2027 menyasarkan kehadiran 1.5 juta pengunjung sepanjang 30 hari penganjurannya bersempena Festival Ramadan Putrajaya (FRP) 2027 di Dataran Putrajaya, Presint 3.

Ketua Pegawai Eksekutif Puncak Niaga Maju Sdn. Bhd. (PNM), Muhamad Arif Omar berkata, sasaran itu disokong penambahan beberapa pengisian termasuk Gastro Seni dan Laman Iftar yang akan menjadi sebahagian daripada tarikan festival berkenaan.

Katanya, Gastro Seni memberi tumpuan kepada makanan, seni dan kreativiti, manakala Laman Iftar pula menyediakan ruang untuk pengunjung berbuka puasa bersama keluarga dan komuniti,” katanya baru-baru ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Anjung Syawal 2027 dijadualkan berlangsung dari 8 Februari hingga 9 Mac 2027 dengan bertemakan ‘Seindah Ramadan, Harmoni Lebaran’.

Dalam perkembangan sama, Muhamad Arif berkata, lebih 200 lot niaga di Anjung Syawal habis ditempah dalam tempoh 24 jam selepas tempahan dibuka.

Katanya, baki lot yang masih ditawarkan melibatkan kawasan premium dan ruang khas untuk penyertaan jenama utama serta rakan penaja.

Penganjuran kali ini turut merangkumi pelbagai aktiviti harian dan mingguan termasuk persembahan artis, nasyid, program kebudayaan serta aktiviti interaktif untuk pengunjung.

Menurutnya, pengisian sepanjang 30 hari itu diharap dapat meningkatkan kunjungan berulang dan memberi peluang perniagaan kepada vendor yang mengambil bahagian.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini