Perabot berjubin moden, minimalis

Perabot berjubin moden, minimalis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Jubin sinonim dengan kemasan lantai dan dinding, namun kini bahan itu turut diberi nafas baharu menerusi penghasilan perabot.

Idea itu diperkenalkan Kooqa menerusi tiga koleksi sulungnya, iaitu the plinth (meja kopi), the accent (meja konsol) dan the metal (set meja  dan stool besi).

Istimewanya, ia dihasilkan secara buatan tangan dengan rekaan yang elegan dan minimalis selari dengan slogan ordinary ends here.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Jubin Cantik, Muhammad Firdaus Jalil berkata, koleksi itu sesuai digunakan di rumah, hotel, kafe dan ruang komersial lain. 

Reka bentuk yang tersendiri sekali gus menjadikannya titik tumpuan dan elemen pelengkap kepada sesuatu ruang.

“Kooqa merupakan langkah seterusnya syarikat dalam mengembangkan kepakaran jubin kepada penghasilan perabot tempahan khas,” katanya ketika majlis pelancaran baru-baru ini.

Dalam pada itu, katanya, setiap perabot mengambil masa 12 hari bekerja untuk disiapkan selepas pesanan disahkan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini