Realiti kehidupan dewasa hari ini sering diselubungi ketidaktentuan dan tekanan emosi.
Keadaan menjadi semakin mencabar apabila individu perlu berdepan pelbagai tuntutan kehidupan yang berubah dari semasa ke semasa.
Sehubungan itu, ZUS Coffee memperkenalkan kempen serantau ZUS Buddy: Work in Progress yang meraikan proses perkembangan diri, ketidaktentuan dan realiti kehidupan dewasa.
Ketua Pegawai Operasi Kumpulannya, Venon Tian berkata, kempen tersebut mengiktiraf tekanan mental yang dialami sebahagian masyarakat di sebalik tanggungjawab, harapan dan cabaran kehidupan harian masing-masing.
Katanya, menerusi inisiatif itu, pihaknya turut menawarkan set menu eksklusif, Kinda Adult Meal yang diinspirasikan daripada konsep hidangan kanak-kanak dengan sentuhan lebih santai untuk orang dewasa.
Setiap set didatangkan dengan minuman, menu makanan baharu dan figura koleksi ZUS Buddy yang menampilkan watak seperti Blue Buddy, Pinky Boo, Frappe Fren, Bean Boss, Choco Chipster dan Porta Pal dalam pelbagai situasi pekerjaan.
Turut diperkenalkan ialah dua watak rahsia baharu, Zen Cha dan Mama Puff, selain Grab Buddy.
“Melalui kempen ini, ZUS Coffee berharap dapat terus menjadi teman harian kepada komuniti kerana kopi bukan lagi lambang kemewahan, tetapi satu keperluan bagi mereka yang mengharungi kehidupan, secawan demi secawan,” katanya.
Figura edisi terhad itu ditawarkan di Malaysia, Singapura, Filipina, Brunei dan Thailand bermula 3 Jun lalu.










