Amalan membawa beg guna semula ketika membeli-belah semakin mendapat perhatian dan kini menjadi sebahagian daripada gaya hidup rakyat Malaysia malah membentuk masyarakat yang lebih prihatin terhadap alam sekitar.
Selari dengan perubahan ini, pelbagai inisiatif turut diperkenalkan bagi memperkukuh budaya kelestarian termasuk penggunaan beg mesra alam dalam sektor peruncitan.
Sejak diperkenalkan pada tahun 2023, beg kuning ikonik MR D.I.Y. memainkan peranan penting dalam menggalakkan masyarakat mengamalkan tabiat membeli-belah yang lebih bertanggungjawab terhadap alam sekitar.
Naib Presiden Pemasaran MR D.I.Y Group, Alex Goh berkata, kempen ini mencerminkan kepercayaan MR D.I.Y kelestarian seharusnya mudah, boleh diakses serta diterap dalam rutin kehidupan seharian.
“Matlamat kami sewaktu memperkenalkan beg kuning ini ialah menggalakkan rakyat Malaysia mengurangkan penggunaan plastik namun lama-kelamaan ia mula menjadi sebahagian daripada kehidupan rakyat Malaysia,” katanya.
Kewujudan beg kuning itu bukan sahaja berfungsi sebagai beg membawa barangan malah menjadi simbol kesedaran terhadap kepentingan kelestarian.
Membudayakan Kelestarian Melalui Beg Guna Semula
Beg kitar semula ikonik MR D.I.Y. ini sudah mencapai jualan lebih daripada 10 juta unit di seluruh negara dalam tempoh masa tiga tahun malah turut ditemui di kebanyakkan tempat seperti di rumah, dobi serta pasar raya.
Oleh itu, penggunaan beg guna semula juga bukan lagi dianggap sebagai pilihan alternatif sebaliknya menjadi amalan biasa dalam kalangan masyarakat.
“Perkara ini menunjukkan bahawa sesuatu inisiatif kelestarian boleh berkembang menjadi budaya apabila ia mudah diamalkan dan memberi manfaat kepada pengguna,” ujarnya.
Jadi, bagi meraikan perjalanan luar biasa beg tersebut, MR D.I.Y. melancarkan kempen baharu bertemakan ‘Satu Beg, Seribu Cerita’ yang mengetengahkan bagaimana rakyat Malaysia menerima dan menggunakan semula beg kuning itu dalam cara mereka yang tersendiri
Tambah Alex melalui kempen ini, beliau ingin menunjukkan pilihan lestari bukanlah satu bentuk kemewahan sebaliknya semua orang mampu mengamalkannya.
Di Malaysia, kesedaran terhadap isu alam sekitar juga semakin meningkat khususnya dalam kalangan generasi muda yang lebih peka terhadap kesan perubahan iklim dan kepentingan mengurangkan pembaziran.
Oleh itu, penggunaan beg guna semula boleh mendidik masyarakat mengenai konsep penggunaan berulang yang lebih mesra alam serta selari dengan prinsip ekonomi kitaran.
Amalan ini secara tidak langsung membantu mengurangkan jumlah sisa yang dihantar ke tapak pelupusan sampah setiap tahun.
“Dalam usaha memastikan amalan lestari terus dapat diakses oleh semua lapisan masyarakat, harga beg kuning MR D.I.Y. dikekalkan pada kadar mampu milik iaitu RM1.20 bagi saiz kecil dan RM2.20 bagi saiz besar,” kata Alex.
Bagi memeriahkan kempen, MR D.I.Y menampilkan beg ikonik itu melalui belon gergasi serta papan iklan.










