Platform e-dagang penjagaan kesihatan tempatan, Daelife Green Plus komited untuk terus menghasilkan produk makanan tambahan berkualiti bagi memenuhi pertambahan permintaan di pasaran semasa. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Danson KC berkata, syarikat memberi tumpuan terhadap bidang penyelidikan dan pembangunan selama bertahun-tahun bagi menghasilkan produk yang dapat membantu meningkatkan gaya hidup para pelanggannya. Katanya, Daelife menggunakan bahan semula jadi sepenuhnya untuk memastikan produk yang bersesuaian bagi meningkatkan tahap kesihatan orang ramai bukan sahaja…










