Penyediaan kursus dan latihan penting bagi membantu institusi serta individu memahami strategi pelaburan dengan lebih berkesan.
Inisiatif itu ditawarkan syarikat pembiayaan hartanah, Smart Financing, dalam memainkan peranannya sebagai akademi hartanah.
Pengasasnya, Datuk Dr. Gary Chua berkata, dalam kursus itu, peserta bukan sahaja dilengkapkan dengan ilmu pengetahuan, malah alatan dan sumber untuk menghadapi cabaran dunia sebenar yang sentiasa berubah.
Syarikat itu turut diiktiraf The Asia Records atas pencapaian meluluskan jumlah pinjaman tertinggi di bawah kelab pelaburan hartanah bagi 2025.
Pengiktirafan tersebut sekali gus menjadikan Smart Financing sebagai pemegang rekod pertama dalam kategori berkenaan, selain mengukuhkan kedudukannya sebagai antara peneraju dalam sektor pembiayaan pelaburan hartanah.
Menurut Gary Chua, pendekatan inovatif dalam proses kelulusan pinjaman yang diperkenalkan syarikat itu telah membuka lebih banyak peluang kepada pelabur untuk mengakses dana berskala besar.











