PENGALAMAN pertamanya menyambut Aidilfitri di Malaysia masih segar dalam ingatan walaupun berlaku semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kira-kira enam tahun lalu. Ketika itu, Amina Usman Sabo Ago, 35, yang merupakan pelajar doktor falsafah (PhD) dari Nigeria menghadiri sambutan raya di peringkat kampusnya di Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza), Terengganu. Suasananya mungkin serba sederhana, tetapi sudah cukup untuk membangkitkan semangat Syawal bagi pelajar yang julung kali berada di perantauan. Apatah…











