Perbuatan lucah di tanah perkuburan, dua individu ditahan polis

Perbuatan lucah di tanah perkuburan, dua individu ditahan polis

DUA individu ditahan selepas mengaku melakukan perbuatan lucah di sebuah tanah perkuburan Cina di Batu Gantung, Ayer Itam, Pulau Pinang, Ahad lalu.-GAMBAR/MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN : Tindakan tidak bermoral seorang lelaki dan wanita tempatan yang melakukan perbuatan lucah di sebuah tanah perkuburan Cina di Batu Gantung, Ayer Itam di sini mengundang padah apabila kedua-duanya ditahan polis, semalam.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira pukul 12.05 tengah hari semalam selepas satu video memaparkan aksi tidak senonoh pasangan terbabit tular di media sosial.

Menurutnya, hasil siasatan awal mendapati kejadian tersebut berlaku sehari sebelum itu iaitu pada Ahad lalu di lokasi berkenaan dan dipercayai melibatkan dua individu warga tempatan.

“Bertindak atas maklumat, polis berjaya menahan seorang wanita berusia 37 tahun di sebuah flat berhampiran Jalan Padang Tembak di sini kira-kira pukul 8.35 malam.

“Susulan itu, seorang lelaki berusia 58 tahun turut ditahan pada pukul 11.10 malam di hadapan sebuah bangunan berhampiran Jalan Paya Terubong, Sungai Ara, Bayan Lepas,” katanya di sini, hari ini.

Sebelum ini, tular di media sosial perlakuan lucah seorang lelaki dan wanita yang dipercayai dilakukan di sebuah tanah perkuburan Cina di sini.

Mengulas lanjut, Abdul Rozak berkata, kedua-dua suspek juga telah mengaku terlibat dalam kejadian berkenaan dan akan direman bagi membantu siasatan lanjut.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 294(a) Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan lucah di tempat awam, Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana mengaibkan kehormatan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penyebaran kandungan jelik.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN