KPDN Johor siasat individu isi RON95 dalam tong

KPDN Johor siasat individu isi RON95 dalam tong

TANGKAP layar rakaman video memaparkan dia individu mengisi minyak petrol RON95 ke dalam sebuah tong besar yang terletak di bahagian belakang sebuah kereta di sebuah stesen minyak di Mutiara Rini, Johor Bahru, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Individu yang bertindak mengisi petrol RON95 ke dalam sebuah tong besar yang ditempatkan di bahagian belakang sebuah kereta berdepan denda sehingga RM1 juta atau penjara sehingga tiga tahun, atau kedua-duanya.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Johor, Lilis Saslinda Pornomo berkata, pihaknya telah memulakan siasatan berhubung insiden tular yang berlaku di sebuah stesen minyak di Skudai, di sini.

Katanya, pemeriksaan awal mendapati kejadian itu berlaku Sabtu lalu dan pihaknya menjalankan siasatan di bawah Subperaturan 12A, Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974, Akta Kawalan Bekalan 1961 atas kesalahan disyaki melanggar arahan Pengawal Bekalan Malaysia.

“Jika sabit kesalahan, individu boleh didenda tidak melebihi RM1 juta atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya, manakala bagi syarikat, boleh didenda tidak melebihi RM2 juta.

“Kami maklum perkara itu dan tindakan susulan dengan mengesan serta memanggil pemilik kenderaan bagi tujuan siasatan lanjut telah dibuat,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Tambah Lilis Saslinda, pemeriksaan mendapati berlaku dua transaksi dibuat pemilik kenderaan iaitu pengisian ke dalam tangki kenderaan dan satu lagi ke dalam tong plastik di dalam but kenderaan.

“Pemeriksaan semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) serta penelitian terhadap rekod transaksi dan resit pembelian bagi tujuan pengesahan telah dibuat,” katanya lanjut.

Semalam, tular rakaman video menunjukkan sebuah kenderaan bernombor pendaftaran Malaysia mengisi petrol RON95 ke dalam tong yang diletakkan di bahagian but sebuah kereta.

Rakaman tersebut turut memaparkan jumlah bayaran yang tertera di pam minyak membabitkan pengisian melebihi 71 liter dengan nilai bayaran lebih RM230.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN