Sebanyak 8,000 bungkusan bubur lambuk diagihkan Yayasan Ar Riduwan (YAR) kepada petugas barisan hadapan sepanjang Ramadan ini. Ketua Pegawai Operasinya, Lokmanulhakim Muhamad Riduwan berkata, inisiatif di bawah Program Sumbangan Bubur Lambuk itu dilaksanakan dalam dua fasa bermula 22 Februari sehingga 2 Mac lalu dengan melibatkan petugas kesihatan, pesakit dan waris yang berada di sekitar hospital. Selain itu katanya, sebanyak 1,000 pek bubur lambuk diagihkan di setiap hospital termasuk balai polis…










