Sebanyak 15,000 set bakul perayaan bernilai lebih RM700,000 disumbangkan rangkaian pasar raya mini terkemuka, 99 Speed Mart sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Tahun Baharu Cina 2026.
Ketua Pegawai Operasinya, Yong Eng Kwang berkata, inisiatif tersebut selaras komitmen berterusan syarikat itu dalam menyokong kesejahteraan masyarakat khususnya golongan memerlukan.
Katanya, sumbangan berkenaan disalurkan dengan kerjasama pelbagai pihak termasuk Pejabat Menteri Besar, kerajaan negeri, Majlis Agama Islam Negeri serta rumah-rumah kebajikan.
“Inisiatif ini juga sebagai tanda penghargaan kepada para pelanggan yang terus memberikan kepercayaan kepada 99 Speed Mart sebagai destinasi utama pembelian barangan keperluan harian.
“Program ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan kami dalam memperkukuh tanggungjawab sosial korporat,” katanya.
Eng Kwang berharap, sumbangan itu dapat menceriakan sambutan perayaan dan membawa kegembiraan kepada golongan sasar.
Katanya, syarikat itu percaya semangat perpaduan, keprihatinan dan kebersamaan dapat diperkukuhkan melalui amalan berkongsi rezeki, sejajar dengan nilai-nilai murni yang dibawa oleh kedua-dua perayaan itu.











