Abaya premium pilihan ideal di Aidilfitri

Abaya premium pilihan ideal di Aidilfitri

BAGI Syawal 2026, Minaz menampilkan koleksi abaya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEBELAKANGAN ini, busana longgar menjadi pilihan ramai wanita di Aidilfitri. Ia bukan sahaja memudahkan pergerakan, malah memberikan keselesaan sepanjang seharian beraya.

Bagi mereka yang mementingkan kriteria di atas, abaya mungkin pilihan ideal untuk digayakan di pagi raya.

Antara yang mencuri perhatian ialah daripada jenama fesyen Muslimah tempatan, Minaz menerusi koleksinya, Abaya Setulus Raya.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Hafiza Datuk Abdul Hamid berkata, rekaan yang ditampilkan moden dan premium namun tetap mengekalkan identiti luxury meets modesty.

“Tahun ini, Minaz tidak melancarkan koleksi baju raya baharu, sebaliknya memilih meraikan Aidilfitri melalui satu simbol yang paling serasi dengan wanita moden hari ini iaitu abaya raya.

“Tetapi abaya bukanlah pengganti baju raya, ia cuma alternatif baharu untuk wanita yang mahu tampil anggun dengan cara lebih tenang,” katanya selepas pertunjukan fesyen WarnaRaya X KLCC Runway & Bazaar 2026 baru-baru ini.

Menurut Hafiza, sebahagian koleksi abaya itu dihasilkan di Arab Saudi, malah turut diberi sentuhan gaya Dubai.

Ia jelas dilihat menerusi siluet eksklusif, kemasan bersih dan perincian yang bersinar halus tanpa kelihatan sarat.

“Kami mahu memastikan setiap helaian Minaz Abaya memiliki rasa autentik, sebab itu lokasi pembuatannya di Arab Saudi.

“Bila abaya dibuat di tempat yang memahami bahasanya, hasilnya lebih kemas, asli dan menyakinkan,” katanya.

Koleksi ini menampilkan 37 rekaan abaya eksklusif dengan harga antara RM219 hingga RM699 sehelai.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN