Palet lembut jadi taruhan dalam Seperti Dahulu

Palet lembut jadi taruhan dalam Seperti Dahulu

WARNA-warna lembut yang digunakan menyuntik aura vintaj.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PALET lembut sering dikaitkan dengan rasa tenang, selamat dan keindahan yang muncul perlahan-lahan.

Konsep ini menjadi taruhan jenama Thalia dalam koleksi Aidilfitri 2026 X Dayah Bakar yang bertemakan Seperti Dahulu.

Pereka fesyen dan pengasas bersamanya, Muhd. Firdaus Ahmad Kamal berkata, warna-warna lembut itu diterjemahkan melalui fabrik bercetak dengan motif bunga bersaiz kecil hingga sederhana.

Ia menyuntik aura vintaj dan tak lapuk dek zaman.

“Kami banyak bermain dengan rona merah jambu pastel, biru muda, lilac serta tona cerah seperti cloud dancer, yang merupakan warna Pantone 2026.

“Di samping itu, ada juga kombinasi warna matcha strawberi dan matcha bluberri serta warna gelap dan neutral seperti hitam untuk memberi struktur dan kedalaman pada keseluruhan koleksi,” katanya baru-baru ini.

Katanya, corak itu kemudian dipadankan dengan kain renda berperincian labuci dan manik halus serta fabrik jacquard.

Ia bertujuan memberi tekstur dan rasa istimewa tanpa menghilangkan kelembutan warna asal.

“Secara keseluruhan, palet warna Seperti Dahulu bukan tentang satu warna yang dominan, tetapi keseimbangan antara lembut dan berstruktur.

“Warna dipilih untuk menyokong rasa, bukan untuk mendahului cerita,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN