Rahsia kulit lembut berseri dengan serum pengelupasan

Rahsia kulit lembut berseri dengan serum pengelupasan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Bayangkan bangun pagi dengan kulit yang terasa halus, lembut dan bersinar semula jadi.

Itulah magis kecil serum pengelupasan yang berfungsi menyingkirkan sel-sel kulit mati sekali gus melicinkan tekstur kulit.

Ahli dermatologi dan pempengaruh kesihatan kulit, Dr. Aen Ramli berkata, penggunaan serum itu secara konsisten dapat menjadikan tona lebih sekata sambil memperkuat lapisan pelindung kulit.

Katanya, kulit yang sebelum ini kelihatan kusam kini tampak lebih cerah, malah parut jerawat pun semakin pudar.

“Rutin pengelupasan atau eksfoliasi tidak sepatutnya menyakitkan atau membuatkan kulit terbakar.

“Dengan penggunaan serum yang lembut tetapi berkesan seperti Garnier Tri-Acid, ia memberikan kesan yang menakjubkan tanpa rasa pedih atau masa pemulihan.

“Bahkan, serum ini membantu saya mengatasi masalah kulit kusam dan jerawat semasa kehamilan,” katanya ketika pelancaran produk itu baru-baru ini.

Garnier Tri-Acid dirumus dengan 10 peratus PHA, AHA dan BHA di samping 5 peratus niacinamide.

Ia bertindak menembusi terus ke lapisan kulit terdalam menerusi fokus pada 3T iaitu tona, tekstur kulit dan toleransi.

Istimewanya, serum ini dapat digunakan setiap hari untuk semua jenis kulit sensitif.

Selain itu, Garnier turut memperkenalkan pembersih dwifungsi yang bertindak sebagai pembersih berkesan dan eksfoliator lembut, micellar peeling water.

Kedua-dua produk ini membentuk rutin ekfosiliasi lengkap yang memberi transformasi mendalam kepada kulit tanpa menyebabkan
iritasi.

Ia selaras dengan falsafah utama Garnier iaitu kulit sihat dan berseri tidak seharusnya mengorbankan keselesaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×