PENGGUNAAN produk penjagaan kulit yang berlebihan boleh menjejaskan lapisan pelindung kulit wajah sekali gus menjadikannya lebih mudah mengalami iritasi dan ketidakselesaan. Trend kecantikan yang semakin dipengaruhi oleh produk tular dan iklan terutamanya di media sosial menyebabkan ramai pengguna tersalah memilih produk sehingga kulit menjadi sensitif dan mula menipis. Pakar Dermatologi, Dr. Fatin Amira Hazwani Mohamad Yusof berkata, kebanyakan pengguna hari ini membeli produk sematamata kerana trend tanpa memahami kandungan dan…










