Impiannya mungkin kedengaran aneh iaitu untuk membina pusat mayat atau Pusat Kadaver Kebangsaan bagi membolehkan orang ramai menderma mayat sekaligus membantu pelajar dan siswazah perubatan mengkaji mayat. Namun, bagi Pensyarah Perubatan Pelatih, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Rasyidah Rehir,32, pusat berkenaan penting dalam transformasi latihan perubatan melalui Pendermaan Tubuh dan Pemeliharaan Kadaver Lanjutan. Katanya, siswazah berdepan isu kekurangan mayat dan hanya bergantung kepada mayat yang tidak dituntut untuk tujuan pembedahan…