Masalah kulit bawah lengan yang gelap atau berkarat sering menjadi punca ramai wanita berasa malu dan hilang keyakinan diri. Keadaan ini sebenarnya bukan disebabkan oleh kotoran atau kekurangan penjagaan diri, sebaliknya berpunca daripada faktor biologi dan kesihatan kulit. Doktor dan Penasihat Kesihatan Wanita, Dr. Nurul A’in Sa’ari berkata, masalah ini dinamakan sebagai hiperpigmentasi ketiak iaitu peningkatan penghasilan melanin dalam kulit. Ketiak hitam muncul apabila kulit mengalami iritasi atau keradangan kronik.…










