Kalau sudah jemu dengan pilihan sarapan biasa, cuba pula kentang telur cloud bowl untuk rasa yang berbeza.
Gabungan tesktur rangup daripada timun segar dan telur hancur yang lembut tentunya menggamit selera awal pagi.
Bahan-bahan utama seperti ubi kentang dan telur turut memberi manfaat baik dengan membekalkan tenaga dan sumber protein kepada tubuh badan.
Ikuti resipi perkongsian Eyda Sukiman hanya menggunakan bahan asas dapur dan cara penyediaan yang mudah.
BAHAN-BAHAN:
4 biji ubi kentang (saiz sederhana)
Telur
1 batang timun jepun (saiz besar)
1 biji bawang besar (potong dadu)
Mayonis Kewpie
Mentega (unsalted)
CARA PENYEDIAAN:
Rebus kentang hingga agak empuk, tos air dan potong dadu.
Pecahkan telur, masukkan setengah cawan susu, secubit garam dan sedikit lada hitam.
Kacau campuran hingga rata.
Panaskan 1 sudu besar mentega dalam kuali leper dan masukkan campuran telur.
Masak dengan api sederhana kecil, kacau perlahan hingga telur terbentuk seperti soft cloud.
Angkat dan biar seketika.
Dengan kuali yang sama, letak mentega 2 sudu besar dan masukkan bawang holand.
Tumis hingga wangi dan masukkan kentang yang direbus dan dipotong dadu.
Perasakan dengan serbuk lada hitam dan sedikit garam.
Tumis sekejap dan sajikan ke dalam mangkuk pilihan.
Hiaskan dengan telur hancur, potongan timun jepun dan mayonis.
Tabur sedikit serbuk paprika dan lada hitam sebagai sentuhan akhir.
Tips sajian:
Sekiranya tiada ubi kentang, boleh ganti dengan bahan karbohidrat pilihan.-UTUSAN










