Kain dastar hiasi kasut, beg tangan

Kain dastar hiasi kasut, beg tangan

rekaan kain dastar pada kasut percik gaya unik untuk wanita.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Kain dastar mungkin tidak sepopular songket yang sering menjadi pilihan di majlis rasmi mahupun perkahwinan.

Namun, kehalusan tenunan dan corak geometrinya menjadikan tekstil tradisional masyarakat Iranun ini antara warisan seni paling berharga di Sabah.

Terpesona dengan keindahan kain tersebut mendorong jenama kasut premium tempatan, Cipela melancarkan koleksi Projek Sumandak.

Pengasasnya, Hidayah Hassan berkata, koleksi tersebut mengangkat dastar melalui rekaan kasut, beg tangan dan aksesori moden seperti hangtag, card holder serta lampu hiasan.

“Sebagai peminat tekstil, saya dapati tumpuan masyarakat lebih cenderung kepada tenunan di Sarawak, Terengganu, Kelantan mahupun Pahang, tetapi dastar di Sabah jarang diketengahkan.

“Menerusi koleksi ini, saya berharap dapat membawa hasil kraf tangan wanita Sabah setanding dengan jenama global sekali gus menghidupkan semula warisan seni yang semakin dilupakan,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Sebelum ini, Cipela yang ditubuhkan pada 2012 pernah mengeluarkan koleksi kasut berasaskan batik dan songket.

Misi Hidayah adalah menjadi jambatan
dalam menghubungkan warisan dengan gaya hidup moden.

“Usaha kreatif ini selari dengan impian saya untuk menjadikan warisan bangsa bukan sekadar khazanah dipelihara, tetapi sesuatu yang boleh dipakai dan disarung dengan rasa bangga,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN