Kain dastar mungkin tidak sepopular songket yang sering menjadi pilihan di majlis rasmi mahupun perkahwinan. Namun, kehalusan tenunan dan corak geometrinya menjadikan tekstil tradisional masyarakat Iranun ini antara warisan seni paling berharga di Sabah. Terpesona dengan keindahan kain tersebut mendorong jenama kasut premium tempatan, Cipela melancarkan koleksi Projek Sumandak. Pengasasnya, Hidayah Hassan berkata, koleksi tersebut mengangkat dastar melalui rekaan kasut, beg tangan dan aksesori moden seperti hangtag, card holder serta…