Jenama makanan kucing premium keluaran Adabi Consumer Industries Sdn. Bhd. (Adabi), Powercat menjayakan program Purr-Fect Care by Si Comot di sebuah pusat perlindungan kucing di Alor Gajah, Melaka.
Program tanggungjawab sosial korporat (CSR) itu bukan sahaja memperkenalkan produk terbaharu iaitu Si Comot, tetapi turut membawa misi menceriakan dan memberi kasih sayang kepada lebih 300 ekor kucing serta haiwan terbiar di Shikin Shelter.
Menerusi satu kenyataan, Adabi berkata, program itu bertujuan membantu pusat perlindungan haiwan tersebut yang menempatkan lebih daripada 300 ekor kucing terbiar.
Sumbangan meliputi makanan kucing seberat 400 kilogram dan wang tunai berjumlah RM1,000.
Dalam program itu, para petugas, sukarelawan dan selebriti turut berpeluang menikmati sajian istimewa Adabi iaitu ayam perapan madu, nasi goreng pedas, air asam jawa dan kopi.
Antara selebriti itu ialah Maria Tunku Sabri, Sarah Suhairi, Sissy Iman dan Iqram Dinzly yang bersama-sama membawa aura positif dan kasih sayang buat penghuni Shikin Shelter.










