Ardell urus sendiri kaki ibu dipotong

Ardell urus sendiri kaki ibu dipotong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Wahai kaki ibuku yang banyak berjasa, terima kasih.” Demikian luahan menyentuh hati di Threads, pelakon dan aktivis, Ardell Aryana.

Ia ekoran pembedahan ibunya yang disifatkan sebagai detik paling berat dalam hidupnya.

“Ibuku wanita besi yang hebat, maka ujiannya juga luar biasa, hari yang panjang tapi Allah mudahkan. Kembali sihat duhai ibuku Alhamdulillah, Allah takdirkan yang terbaik buat mama.

“Selesai urusan kaki ibuku di dunia ini dan kini telah pun dikembalikan kepada tanah,” katanya dalam hantaran.

Menurut pelakon itu, dia juga turut berpeluang mempelajari cara mengurus dan mengebumikan sebahagian anggota badan, pengalaman yang dianggapnya sebagai satu hikmah dan ilmu baharu.

“Rezeki hari ini dapat belajar dan turut bersama membersihkan serta mengkafankan bahagian kaki ibuku bersama Ustazah Aina. Ilmu baru yang sangat berharga,” ujarnya.

Menerusi video yang dikongsikan, Ardell kelihatan tenang menyempurnakan urusan pengebumian kaki ibunya serta menzahirkan rasa syukur atas kelancaran segalanya.

Sekadar info, ibu Ardell, Sawiyah Abdullah, telah menjalani pembedahan akibat komplikasi diabetes kronik dan kakinya telah dipotong.

Sebelum ini, Ardell yang terkenal dengan keprihatinan terhadap isu kemanusiaan pernah menyertai misi pelayaran Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza ketika menerima berita mengenai keadaan ibunya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN