Elon Musk individu pertama bernilai AS$700 bilion susulan keputusan pakej gaji

Elon Musk individu pertama bernilai AS$700 bilion susulan keputusan pakej gaji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Nilai kekayaan Ketua Pegawai Eksekutif Tesla, Elon Musk, melonjak kepada AS$749 bilion (RM3.05 trilion) pada lewat Jumaat selepas Mahkamah Agung Delaware mengembalikan opsyen saham Tesla bernilai AS$139 bilion (RM566.67 bilion) yang dibatalkan tahun lalu, menurut Indeks Bilionair Forbes.

Lapor Reuters, pakej imbuhan Musk pada 2018, yang sebelum ini bernilai AS$56 bilion (RM228 bilion) dipulihkan oleh Mahkamah Agung Delaware pada Jumaat, dua tahun selepas sebuah mahkamah rendah membatalkan perjanjian pampasan itu dengan menyifatkannya sebagai ‘tidak masuk akal’.

Mahkamah Agung memutuskan keputusan pada 2024 yang membatalkan pakej gaji berkenaan adalah tidak wajar dan tidak adil terhadap Musk.

Awal minggu ini, Musk mencipta sejarah sebagai individu pertama di dunia yang melepasi nilai kekayaan AS$600 bilion (RM2.45 trilion), susulan laporan syarikat pemula aeroangkasa miliknya, SpaceX, berkemungkinan akan disenaraikan di pasaran awam.

Pada November lalu, pemegang saham Tesla secara berasingan meluluskan pelan imbuhan bernilai AS$1 trilion (RM4.07 trilion) untuk Musk, yang disifatkan sebagai pakej gaji korporat terbesar dalam sejarah.

Ia sekali gus menyokong visinya untuk mengubah pengeluar kenderaan elektrik itu menjadi kuasa besar kecerdasan buatan (AI) dan robotik.

Dengan perkembangan terbaharu itu, kekayaan Musk kini melebihi pengasas bersama Google, Larry Page yang berada di kedudukan kedua individu terkaya dunia, dengan jurang hampir AS$500 bilion (RM2.04 trilion), menurut senarai bilionair Forbes.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN