Sejak kecil kita dibesarkan dengan cerita dongeng tentang puteri yang menunggu pangeran, gaun putih berkibar-kibar dan hari bahagia bergelar raja sehari. Tetapi bila tiba giliran sendiri, barulah kita sedar, memilih busana pengantin bukan sekadar soal cantik di kamera. Ia soal hati dan diri yang mahu tampil anggun di hari tersebut. Ada yang mengimpikan seperti Ratu Victoria dengan gaun sarat renda dan tidak kurang juga yang mahukan potongan minimalis ringkas tetapi…