Perniagaan gagal kerana tiada strategi, fokus jelas

Perniagaan gagal kerana tiada strategi, fokus jelas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Kebanyakan usahawan yang gagal dalam perniagaan bukan kerana mereka kurang usaha tetapi disebabkan tiada strategi dan fokus jelas.

Perkara itu dikongsikan penulis buku terlaris dan pengasas 10X Strategy Coach, Joescher Chee dalam buku terbaharunya, 10X Strategy Wheel.

“Buku ini sesuai untuk u­sahawan yang sedang mengembangkan perniagaan kerana isi kandungannya mudah dan jelas.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ia dapat membantu usahawan mengenal pasti masalah sebenar yang perlu diselesaikan, menyusun strategi dengan lebih tepat dan mempercepatkan pertumbuhan syarikat,” katanya ketika majlis pelancaran baru-baru ini.

Mengulas lanjut, katanya, buku itu dibangunkan berdasarkan kajian keusahawanan terbesar di Malaysia yang melibatkan lebih daripada 4,000 sesi Business Health Check oleh 200 jurulatih strategi merentasi enam benua, sepanjang 10 tahun lalu.

Daripada dapatan kajian itu, lahirlah kerangka 10X Stra­tegy Wheel yang merangkumi 10 tonggak utama dan 50 bidang perniagaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini