Memasak kini lebih mudah

Memasak kini lebih mudah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JASMINE Food Corporation Sdn. Bhd. meluaskan sayap perniagaannya ke industri pengedaran makanan menerusi kerjasama dengan Sudee, jenama keluaran World Prominence Sdn. Bhd.

Ketua Pegawai Operasinya, Alan Kwong berkata, kerjasama itu menandakan permulaan baharu buat Jasmine sebagai jenama beras tempatan yang wujud lebih 60 tahun lalu.

“Produk Sudee menjadi pilihan isi rumah sejak sekian lama seiring dengan kualiti dan rasa masakannya yang asli.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Matlamat mereka juga sangat jelas iaitu untuk menjadikan penyediaan masakan lebih mudah dan sedap untuk dinikmati oleh semua keluarga,” katanya dalam majlis pelancaran Mudahnya Memasak bersama Jasmine and Sudee, baru-baru ini.

Yang hadir sama, Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Sudee Holdings Berhad, Jamaludin Adnan; Ketua Pegawai Eksekutif Sudee Holdings Berhad, Khairie Kemat dan duta Jasmine Food, Datuk Jalaluddin Hassan.

Sebanyak lapan produk baharu diperkenalkan iaitu iaitu pes goreng kampung, nasi ayam hainan, bihun goreng, buttermilk dan padprik di samping tiga kiub rempah (serai, lengkuas dan cili padi).

Sementara itu, Khairie berkata, kerjasama itu tepat pada masanya selaras dengan produk teras Jasmine yang saling melengkapi secara sempurna.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini