Sungai Timun di Rembau menyimpan khazanah berharga iaitu udang galah yang menjadi rebutan kaki pancing sejak puluhan tahun lalu. Sejak tahun 1980-an, nama destinasi ini sudah terkenal dalam komuniti memancing di seluruh negara sebagai lubuk ‘si sepit biru’. Bukan sahaja kerana saiznya yang mampu mencecah sehingga 600 gram seekor, malah kerana isinya yang padat, manis dan tidak mudah hancur walaupun dimasak pada suhu tinggi. Bagi kaki pancing, setiap tarikan tali…