Sabah merupakan destinasi pelancongan yang versatil, kerana keunikan geografi, kekayaan biodiversiti, kepelbagaian budaya dan semangat komunitinya yang mesra.
Dari puncak Gunung Kinabalu yang megah hingga ke dasar laut Sipadan yang mempesona.
Di kawasan pantai timurnya seperti Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu dan Tawau pula menawarkan hidupan liar ikonik seperti orang utan, monyet belanda, beruang madu, gajah borneo dan burung enggang.
Lantas menjadikan negeri di bawah bayu ini sebagai destinasi kegemaran pelancong dari serata dunia.
Bagi yang ingin mengenali lebih dekat keunikan dan keindahan Sabah, peluang terbuka luas di Pameran Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (Matta) 2025.
Pelbagai aktiviti dan persembahan budaya menarik akan disajikan kepada pengunjung sepanjang acara berlangsung.
Lembaga Pelancongan Sabah (STB) berkata, baucar rebat pelancongan diberikan dengan setiap pembelian pakej-pakej terpilih daripada mana-mana ejen dan hotel berdaftar.
“Sabah menawarkan kepelbagaian produk pelancongannya yang merangkumi pengalaman bersama alam semula jadi, budaya dan warisan, keindahan laut dan aktiviti pengembaraan.
“Malah, Sabah sangat versatil dan bertuah dengan keindahan dwi alamnya,” katanya baru-baru ini










