SETIAP hari, rakyat Malaysia terdedah kepada sinaran ultraungu (UV), iaitu UVB dan UVA. UVB ialah sinar gelombang pendek yang menyebabkan sunburn atau kulit terbakar, manakala UVA pula merupakan sinar gelombang panjang yang menembusi jauh ke dalam lapisan dermis kulit. Pendedahan berpanjangan terhadap sinaran UVA bukan sekadar menyebabkan kemerahan, malah boleh memberi kesan lebih serius kepada kesihatan kulit. Pakar dermatologi, Datuk Dr. Noor Zalmy Azizan berkata, sinaran itu turut menjadi punca…