‘Semua sama sahaja, jadi mahu pilih siapa?’

‘Semua sama sahaja, jadi mahu pilih siapa?’

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPARUH calon yang bertan­ding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-17 merupakan muka-muka yang pernah membarisi kerajaan negeri sehingga menyebabkan pengundi muda masih belum membuat keputusan untuk memilih siapa Sabtu ini.

Bukan sahaja mereka pernah memegang jawatan dalam pentadbiran negeri, terdapat juga calon yang keluar masuk pelbagai parti politik dan keadaan itu menambah lagi rasa ragu dalam kalangan pengundi baharu terhadap calon bertanding.

Rata-rata pengundi ditemui Utusan Malaysia berkata: ‘Semua sama sahaja, jadi nak pilih siapa?’

Tinjauan di beberapa kawasan mendapati antara sentimen ketara adalah ketidak­puasan terhadap budaya lompat parti apabila ada berpendapat amalan bertukar kesetiaan politik bukan sahaja menghakis kepercayaan, malah menunjukkan agenda rakyat tidak pernah menjadi keutamaan utama.

Jawapan itu menunjukkan golongan muda yang pertama kali mengundi mengakui sukar menilai perbezaan antara calon baharu dan lama kerana manifesto serta janji pembangunan hampir sama di setiap lokasi kempen.

Keadaan itu membuatkan mereka berasa seperti pilihan yang ada tidak mampu menjamin perubahan ketara dalam kehidupan rakyat.

Sebaliknya, pengundi melihat manifesto akhir, hala tuju blok gabungan dan hala tuju ekonomi bagi tempoh lima tahun akan datang, sebelum memutuskan pilihan.

Selain itu, pengundi muda juga lebih cenderung untuk menilai calon melalui rekod perkhidmatan dan keterlibatan bersama komuniti, bukan sekadar populariti parti.

Kehadiran calon muka baharu memberi sedikit harapan, namun ia tidak semestinya di­terjemahkan kepada undi tanpa keyakinan terhadap kebolehan dan integriti.

Bagi mereka, janji perlu disokong pelan pelaksanaan yang jelas serta bukti keupayaan, bukan sekadar retorik politik. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN