ISU sampah yang tidak berkesudahan di perairan Malaysia mengancam hidupan marin termasuk dugong. Kini, populasi mamalia laut itu dianggarkan hanya tinggal 100 ekor dan di ambang kepupusan. Punca utama kemerosotannya adalah disebabkan pencemaran yang menghancurkan habitat semula jadi dan sumber makanan iaitu rumpai laut. Menurut Pengarah Eksekutif dan Pengasas Bersama MareCet, Dr Louisa Ponnampalam, sisa sampah yang hanyut di lautan boleh menyebabkan hidupan laut cedera dan mati. Manakala sampah yang…