Bermula dengan sekadar minat terhadap kucing, pengusaha muda Aina Syazwani Muhammad Razi, 28, berjaya mengembangkan perniagaan keluarga menjadi sebuah jenama yang dikenali dalam kalangan pencinta haiwan peliharaan iaitu Nanacatz Hotel. Graduan dalam bidang Risiko dan Pengurusan Kewangan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ini mengusahakan hotel kucing itu bersama keluarganya sejak tahun 2020 di Semenyih, Selangor. Di sebalik tugasan harian sebagai penyedia perkhidmatan penjagaan kesihatan, dia turut menguruskan operasi harian perniagaan dengan bantuan dua orang staf tetap serta ahli keluarga terdekat. “Kami sekeluarga berbincang idea perniagaan dan akhirnya memilih untuk membuka…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya