Agong dipersembah taklimat gempa bumi Segamat

Agong dipersembah taklimat gempa bumi Segamat

SULTAN Ibrahim (tengah) berkenan menghadiri sesi taklimat laporan terkini berhubung gempa bumi yang berlaku di Segamat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan untuk dipersembahkan taklimat laporan terkini berhubung gempa bumi yang berlaku di Segamat.

Menurut Facebook Sultan Ibrahim, taklimat dipersembahkan oleh Pegawai Daerah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana daerah Segamat.

Taklimat dipersembahkan selepas Seri Baginda berangkat ke daerah Segamat pagi tadi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Hadir sama, Pengarah Jabatan Kerja Raya; Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains dan Jabatan Meteorologi Johor.

Sebanyak enam siri gempa bumi direkodkan di daerah Segamat dengan gegaran pertama berlaku dengan kekuatan 4.1 magnitud, diikuti 3.2 magnitud pada 27 Ogos; 2.5 magnitud (28 Ogos); 3.4 magnitud (29 Ogos); 2.7 magnitud (30 Ogos) dan 2.9 magnitud, pada 31 Ogos lalu.

Akibat daripada gempa bumi lemah itu terdapat 15 bangunan kerajaan dilaporkan mengalami kerosakan kecil dengan kos pembaikan menelan sehingga RM550,000. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini