Sungai Berang, Hulu Terengganu yang digelar Little Amazon sememangnya menjadi tumpuan pencinta alam untuk aktiviti berkayak sambil menikmati keindahan alam semula jadi. Apa tidaknya, di kiri dan kanan, pokok-pokok berusia ratusan tahun memayungi pengembaraan di samping menjadi habitat kepada pelbagai haiwan liar. Peluang itu dimanfaatkan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Menerong dan Kumpulan Lebah & Kelulut Universiti Malaysia Terengganu (UMT) untuk berkayak sambil menjejak kelulut di destinasi ini. Pengerusi KRT…