Industri fotografi terus berkembang dengan kemunculan pelbagai trend baharu antaranya photobooth yang kini menjadi elemen penting dalam acara sosial, korporat dan budaya. Dulu, sekadar satu sudut untuk bergambar, kini ia menjadi platform interaktif yang bukan sahaja mengabadikan kenangan tetapi juga berperanan sebagai alat pemasaran dan menjana pendapatan. Pensyarah dan Penasihat Persatuan Pelajar Fotografi dari Jabatan Fotografi dan Pengimejan Kreatif, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Perak, Muhamad Adam Hanif Che Saad…











