ESG dalam pembangunan tayar

ESG dalam pembangunan tayar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Tidak dinafikan industri pembuatan tayar menghasilkan pencemaran terutama dengan penggunaan bahan-bahan tertentu seperti sebatian karbon hitam.

Justeru, penyelesaian terbaik bagi menjaga kelestarian alam ialah dengan menghasilkan tayar yang mematuhi serta menerapkan agenda persekitaran, sosial dan tadbir urus (ESG).

Ketua Pembangunan Jualan Global Swallow, Riang Matio berkata, terdapat beberapa bahan mesra alam dengan rintangan putaran rendah membantu mengurangkan pelepasan gas karbon dioksida pada tayar baru jenis SB171 Grip Pro XP dan SB170 Power Storm XP yang dihasilkan PT Industri Karet Deli.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kami menggunakan bahan silika yang bukannya daripada petroleum dan boleh dikitar semula.

“Selain itu, kita turut menggunakan polimer kitar semula dengan mempunyai ciri penjimatan bahan api. Kemudian ia digabung­kan dengan teknologi serta inovasi kejuruteraan Swallow untuk menawarkan pilihan produk lebih baik dan selamat bagi kegunaan motorsikal,” katanya baru-baru ini.

Dalam pada itu Riang berkata, pihaknya menyasarkan jualan sebanyak 10 peratus akhir tahun ini bagi pasaran Malaysia.

Menurutnya dua model tayar itu dikeluarkan daripada hasil penyelidikan mendalam, pemahaman serantau dan kejuruteraan berfokus kepada kualiti yang diinginkan penunggang motosikal.

Di samping itu, kedua-dua model tayar itu telah melepasi piawaian antarabangsa yang ketat dan memperoleh pensijilan daripada pelbagai institusi termasuk SIRIM QAS (Malaysia), ECE Approval Mark (E4–Eropah), Japanese Industrial Standard (JIS), TÜV Rheinland (Jerman), Department of Transportation (Amerika Syarikat), IMMETRO (Brazil) serta organisasi piawaian kebangsaan di Indonesia (SNI) dan Filipina.

“Kedua tayar ini direka khusus untuk penunggang motosikal tempatan dengan menjanjikan kawalan, keselamatan dan ketahanan luar biasa di atas jalan raya sama ada dalam keadaan kering mahu pun ketika hujan lebat secara tiba-tiba,” katanya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini