HARI biasa pun penuh juga? Sengaja saya ke Ah Meng Kopitiam pada hari Jumaat, kononnya nak menikmati sarapan pagi dengan penuh ketenangan. Namun, suasana di kedai kopi Cina ini macam hujung minggu juga. Tempat duduk di bahagian dalam dan luarnya penuh pelanggan, majoriti orang Melayu. Lokasinya terletak di bangunan lama yang dibina selepas Perang Jepun di Kampung Parit, Jalan Seremban Lama, Kuala Pilah. Tiada dekorasi seperti kafe-kafe hipster yang ada…