Petua rambut sihat, lambat beruban

Petua rambut sihat, lambat beruban

Minyak kelapa dara memberikan nutrisi kepada rambut.- SUMBER INTERNET
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Melihat rambut yang sudah semakin memutih pastinya meresahkan hati setiap wanita.

Walaupun uban adalah satu proses penuaan yang biasa namun, sedikit sebanyak tetap menganggu penampilan dan keyakinan seorang wanita tidak kira bagi yang berhijab ataupun tidak.

Uban terjadi apabila tahap melanin rendah dalam folikel rambut. Melanin ialah sejenis pigmen yang memberi warna kepada rambut dan kulit.

Seiring dengan pertambahan usia, penghasilan melanin daripada folikel akan berkurangan dan menyebabkan rambut berubah warna keperangan, putih atau beruban.

Minggu ini, saya kongsikan lima petua mudah yang diamalkan oleh ibu bagi menjaga mahkota wanitanya.

Bagi saya, petua tradisinya itu mujarab kerana sehingga kini di usia 65 tahun rambutnya masih kekal hitam.

Uban hanya ada sehelai dua sahaja dan kebanyakan rambut masih hitam bersinar. Jom lihat petua yang dikongsikan.

1. Guna santan kelapa
Ibu saya masih menggunakan santan daripada kelapa yang diparut sehingga kini berbanding santan segera di dalam kotak. Sisa kelapa parut itu kemudiannya akan dimasukkan ke dalam tuala kecil dan dibalut seperti sup bunjut sebelum ditekap pada kulit kepala.

Amalan ini akan akan memelihara folikel rambut dan membuatkannya tidak cepat rosak sekaligus melambatkan penghasilan uban.

2. Guna minyak kelapa
Caranya, panaskan tiga sudu makan minyak kelapa dan campurkan separuh perahan lemon ke dalam minyak berkenaan.

Lemon dikatakan mengandungi khasiat seperti Vitamin B dan C yang memelihata sel-sel pigmen di folikel rambut.

Urut kepala dengan minyak berkenaan sekurang-kurangnya selama 30 minit, kemudian bilas dengan syampu. Amalkan dua hingga tiga kali seminggu.

3. Jangan kerap tukar syampu
Elakkan terlalu kerap menukar jenama syampu kerana setiap syampu mempunyai bahan kimia yang berbeza-beza. Ibu saya hanya setia dengan satu jenama syampu sejak muda untuk mengelakkan rambut terdedah dengan pelbagai jenis bahan kimia yang boleh memberi kesan kepada kesihatan rambut.

4. Daun kari
Selain mewangikan masakan berempah, daun kari juga dikatakan boleh melambatkan proses rambut beruban.

Caranya, kisarkan beberapa tangkai daun kari bersama yogurt tanpa perisa, sebaiknya greek yogurt.
Jadikan sebagai masker rambut pada waktu malam. Biarkan selama 30 minit sebelum dibilas.

Vitamin B dalam daun kari dikatakan boleh mencegah uban pra-matang dan melebatkan rambut.

5. Minum air mencukupi
Minum air putih yang mencukupi setiap hari bukan sahaja mampu memberi penghidratan kepada kulit tetapi juga rambut.

Kekurangan cecair dalam badan atau dehidrasi dikatakan boleh menghalang nutrisi sampai ke folikel rambut.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×