Anggun dengan kebaya moden

Anggun dengan kebaya moden

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Kebaya adalah simbol kecantikan dan keanggunan wanita yang tidak lapuk dek zaman. Berasal daripada pakaian tradisional kaum Peranakan di Tanah Melayu, kebaya kini menjadi ikon fesyen yang memadukan tradisi dan gaya moden.

Ia dipercayai bermula pada abad ke-15, ketika pengaruh budaya Jawa dan Cina mula menyatu di Kepulauan Melayu.

Di Malaysia, kebaya menjadi simbol gaya yang menggambarkan kehalusan seni dan kepelbagaian budaya kita.

Minggu ini, saya kongsikan jenama kebaya yang mencuri perhatian, Pammela.

Diasaskan pada 2018 di Kuala Lumpur, Pammela adalah jenama tempatan yang memartabatkan pakaian tradisional wanita dengan sentuhan moden dan tema lace yang unik.

Nama Pammela diilhamkan daripada perkataan Yunani bermaksud madu atau segala kemanisan, lantas mencerminkan falsafah jenama ini yang meraikan kecantikan dan kehalusan feminin.

Antara koleksi kegemaran ramai ialah kebaya mekar yang tampil eksklusif dengan fabrik cotton motif moden, kain belah lipat batik dan potongan kebaya yang memberi kesan fit sempurna.

Pemakaian busana ini menjadikan penampilan seseorang memukau di mana-mana acara, sama ada ke pejabat mahupun majlis keraian.

Untuk wanita bertubuh slim, koleksi ini dapat menyerlahkan bentuk badan. Pilih warna-warna terang seperti fuchsia atau hijau zamrud untuk memberi ilusi badan lebih berisi.

Padankan dengan aksesori kecil seperti subang mutiara dan tali pinggang lace untuk tampak lebih feminin.

Wanita bertubuh petite pula disarankan memakai kebaya dengan rekaan lace ringan dan kain batik dengan corak berskala kecil supaya tidak tenggelam dalam pakaian.

Warna pastel seperti biru lembut atau nude akan memberi ilusi tinggi. Kasut tumit tinggi adalah aksesori wajib untuk melengkapkan penampilan.

Untuk yang bertubuh curvy, pilihlah kebaya dengan fabrik yang jatuh cantik seperti cotton sejuk yang digunakan dalam koleksi Pammela. Warna gelap seperti maroon atau navy akan memberi siluet yang lebih langsing.

 

Aksesori besar seperti rantai emas dan subang chandelier dapat menarik perhatian ke bahagian atas badan, sekali gus memberi keseimbangan pada gaya keseluruhan.

Padankan kebaya dengan tali pinggang atau pending klasik untuk memberi sentuhan tradisional.

Pilihan kasut bergaya seperti selipar bertatahkan manik atau tumit tinggi moden juga penting.

Bagi beg tangan, pilih clutch berwarna neutral atau bercorak batik untuk mengekalkan tema tradisional.

Pammela bukan sahaja menawarkan kebaya yang cantik tetapi juga peluang untuk wanita Malaysia berasa anggun dan yakin.

Jadi, apa tunggu lagi? Lengkapkan gayamu dengan koleksi kebaya mekar dan bawa keindahan tradisi ini ke mana sahaja dirimu melangkah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN