Kebanyakan ibu bapa gemar berkongsi gambar-gambar anak mereka dengan gaya yang comel di media sosial tanpa memikirkan bahaya yang menanti. Tanpa disedari, ada mata-mata ‘jahat’ memantau dan menunggu masa sesuai untuk ‘menerkam’ si cilik itu pada bila-bila masa. Lebih menakutkan, golongan penjenayah ini akan memuat turun dan mengumpul gambar-gambar dari media sosial berkenaan, seterusnya mengubah gambar anak-anak yang tidak berdosa itu dengan gambar tidak senonoh. Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif…