Menu sihat dengan sajian seimbang

Menu sihat dengan sajian seimbang

KEHADIRAN Salad Atelier bertujuan mengurangkan peningkatan kadar obesiti dan penyakit tidak berjangkit.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SERING kita dengar tentang kepentingan mengamalkan pemakanan berkhasiat. Tetapi, sejauh manakah kita mampu mengamalkan gaya hidup sihat dengan lebih teratur?

Mujur ada restoran seperti Salad Atelier yang menyajikan menu mudah dan berkhasiat. Pengasasnya, Dylan Lee, berkata, kesibukan harian
membuatkan ramai yang terlepas pandang untuk mengutamakan gaya hidup sihat khususnya daripada segi pemakanan.

Makanan segera dan hidangan diproses sering menjadi pilihan lantaran mudah dan cepat disediakan.

Situasi ini mendorongnya menghasilkan menu pantas tetapi dalam versi berkhasiat berasaskan bahan semula jadi.

“Inisiatif ini bertujuan mengurangkan peningkatan kadar obesiti dan penyakit tidak berjangkit (NCD).

“Pemilihan salad sebagai menu utama bukanlah kerana ia mudah disediakan, sebaliknya misi kami dalam mencabar komuniti agar
beralih ke arah pemakanan yang lebih hijau,” katanya.

Hidangan disediakan rendah kalori, gula dan garam.

Malah dicipta sesuai dengan citarasa rakyat tempatan dalam versi sihat pada harga berpatutan.

Sejak beroperasi pada 2014, ada lebih 30 cawangan dibuka di sekitar Lembah Klang, Johor dan Pulau Pinang.

Sementara itu dengan konsep DIY Series, pelanggan bebas memilih kombinasi bahan mengikut selera masing-masing.

Pelanggan boleh mencipta hidangan yang bukan sahaja berkhasiat dan lazat malah menepati keperluan diet harian.

Selain salad, restoran ini turut menawarkan hidangan seperti shoyu salmon poke, nasi ayam dan cravings bowlyang rendah kalori tetapi
mengenyangkan.

Bagi mereka yang gemarkan cita rasa tempatan, menu seperti nasi lemak dan tandoori bowl dalam versi lebih sihat dengan penggunaan beras perang sebagai bahan utama turut ada disediakan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×