Memakai krim pelindung matahari merupakan kaedah paling berkesan dalam mencegah kerosakan kulit akibat sinaran ultraviolet (UV).
Sinaran UV merupakan punca utama berlakunya masalah kulit seperti pigmentasi dan kulit kusam.
Namun, seiring dengan perubahan iklim yang tidak menentu, pemilihan krim pelindung matahari juga perlu dipertimbangkan.
Krim pelindung matahari dengan fungsi tunggal mungkin tidak lagi mencukupi melindungi kulit dalam cuaca panas terik dan kering ketika ini.
Panas terik dan kering bukan sahaja boleh menyebabkan berlakunya pigmentasi dan kerosakan kulit, malah menyebabkan berlakunya penuaan pramatang.
Pengarah MD Pharma, Andrew Tan berkata, situasi berkenaan mendorong pihaknya membangunkan formulasi baharu krim pelindung matahari lebih relevan dengan cuaca ketika ini.
Krim pelindung matahari UVeCare yang dibangunkan sejak 2020 dilengkapi fungsi tiga dalam satu yang bukan sahaja melindungi kulit daripada sinaran UV, malah membantu mengekalkan kelembapan.
“Rumusan tiga dalam 1 ini bukan sahaja menawarkan perlindungan cahaya matahari tetapi juga membantu melembapkan kulit selain mencerahkan tona kulit.
“Formulasi saya bangunkan selama setahun ini diperkaya dengan ekstrak akar Paeonia Suffruticosa, Arbutin, Glutathione, ekstrak Saxifraga Sarmentosa dan ekstrak akar Scutellaria Baicalensis.
“Gabungan bahan ini turut melindungi dan membantu mencerahkan, melembapkan serta menegangkan kulit,” katanya kepada Utusan Malaysia. Turut hadir Pakar Produk MD Pharma, Nur Irdina Dania.
Menerusi SPF50 PA+++, krim pelindung matahari itu turut menawarkan perlindungan spektrum luas terhadap sinar UVA dan UVB yang berbahaya selain mengurangkan risiko kemerahan dan kerosakan kulit dalam jangka panjang.

Penuaan pramatang
Antara masalah paling digeruni kebanyakan wanita iaitu penuaan.
Lebih-lebih lagi ketika ini ramai wanita yang sudah muncul tanda-tanda penuaan walaupun baru mencecah usia 30-an.
“Keadaan ini terjadi kerana perlindungan terhadap sinaran UV yang kurang serta disebabkan oleh kulit yang terlalu kering.
“Sebaiknya cari krim pelindung matahari yang ada fungsi melindungi dan mengekalkan kelembapan supaya kesihatan kulit terjaga,” katanya.
Produk diperkenalkan pada 2020 itu turut dinobatkan sebagai Face Brightening Sunscreen dalam Anugerah Pilihan Pembaca Natural Health.










