KAMERA mirrorless terbaru daripada Canon, EOS R5 Mark II menetapkan tanda aras baharu dalam dunia videogra dan fotogra dengan menyediakan pelbagai ciri baharu dan terkini.
Dengan banyak ciri AF baharu dikemaskini serta rakaman 8K 60P RAW dan 4K 120P di dalam kamera dengan Canon Log 2 & 3 mentakri an semula aliran kerja untuk profesional dalam menghasilkan naskhah berkualiti tinggi.
Jenama ini turut memperkenalkan DIGIC Accelerator yang digandingkan dengan cip pemprosesan DIGIC X untuk memproses serta merta sejumlah besar data daripada sensor CMOS bingkai penuh baharu, di mana pengguna boleh menikmati penggambaran berkelajuan tinggi bagi imej berkualiti walaupun menggunakan ISO 51200.
Rakaman beresolusi tinggi 8K pada 60P membolehkan pengguna melakukan Cropping, pembetulan sudut, pengeditan bukan linear dan kelajuan main balik video sebelum mengeksport ke 4K atau Full HD.
Data 12-bit memberikan kelebihan dan kebebasan untuk penggredan warna semasa pasca pemprosesan.
Format SRAW ini mengekalkan semua perincian RAW 12-bit dalam kira-kira separuh saiz imej.
Sesuai untuk apabila anda tidak memerlukan 8K RAW. Anda juga boleh memperlahankan video sehingga 10 kali untuk mencipta gerakan video perlahan dengan butiran menakjubkan.
Bagi ciri Calon Log2 pula ia menawarkan ciri seperti lem, di mana ia akan mengekalkan butiran di kawasan cahaya yang sederhana sehingga gelap dan membolehkan kawalan pendedahan lebih baik dengan perubahan warna yang minimum.
Manakala ciri Canon Log 3 mudah dikendalikan dalam proses penggredan warna serta kurang menghasilkan bunyi bising di kawasan gelap sambil mengekalkan julat dinamik yang luas.
Kedua-duanya serasi dengan tetapan pengeluaran Cinema-Log.
Buat pertama kali siri EOS 5, Canon EOS R5 Mark II ditampilkan dengan AF Kawalan Mata di mana membolehkan anda mengalihkan titik autofokus dengan cepat berdasarkan pergerakan mata anda apabila melihat melalui Viewfinder.
Dengan menggunakan kira-kira 307,000 pixel garis penglihatan, sistem ini membolehkan anda mengalihkan fokus secara lebih intuitif antara subjek dengan tepat. EOS R5 Mark II terbaharu ini turut menampilkan keupayaan pemfokusan cahaya malap yang mengagumkan di mana ia boleh mencapai fokus walaupun dalam keadaan yang sangat malap sehingga mencapai kegelapan EV-6.5











