Benarkah jiwa muda menghargai merdeka?

Benarkah jiwa muda menghargai merdeka?

ANTARA pendekatan boleh diaplikasikan bagi meningkatkan semangat kemerdekaan dalam kalangan generasi muda adalah sambutan ambang kemerdekaan dan sambutan bulan kemerdekaan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

“KEMERDEKAAN Malaysia saban tahun ditonjolkan dengan perarakan dan persembahan yang memukau mata yang melihatnya tanpa kita
sedar, pengertian sebuah kemerdekaan makin pudar dalam kalangan generasi muda apatah lagi menghayati erti sebuah kemerdekaan hakiki sebenarnya.”

Itu antara pandangan Pegawai Psikologi Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS), Muniroh Mohd. Yusof.

Bagaimanapun, katanya itu bukanlah satu bentuk tuduhan yang mengatakan anak muda tiada rasa sayang pada negara.

Jauh di pelusuk hati generasi kini, mereka sayangkan negaranya, bangsanya dan agamanya, namun dengan cara tersendiri dalam mengekpresi perasaan cintakan negara.

Namun, ada yang segelintir daripada mereka yang meraikan kemerdekaan dengan budaya hedonisme yang mementingkan keseronokan dan hiburan semata-mata tanpa mengambil kira sensitiviti dunia semasa yang berlaku.

Bermaksud, ramai anak muda yang meraikan merdeka semata-mata dengan cara berseronok dan bukan menghayati nilai sebenar sebuah
kemerdekaan.

“Bertepatan dengan tema kemerdekaan ke-67 pada tahun 2024 ini adalah Malaysia Madani : Jiwa Merdeka, menerangkan kebebasan masyarakat Malaysia daripada penjajah serta, bersatu hati dalam mempertahankan tanah air secara holistik dan harmoni,di samping menerapkan semangat patriotisme cintakan negara.

“Ogos ini dirai dengan penuh semangat patriotik, melatih diri untuk kenali sejarah dan warisan negara agar ia tidak pudar terutama dalam kalangan generasi kini.

“Sejarah adalah penting dalam mengembalikan semangat cintakan tanah air, sejarah bukan hanya melalui buku yang dipelajari di sekolah, malah ia perlu dianimasikan, di videokan, malah perlu ditularkan melalui platform media sosial,” katanya kepada Utusan Malaysia.

MUNIROH MOHD. yUSOF

PENDEKATAN INTERAKTIF

Antara pendekatan boleh diaplikasikan bagi meningkatkan semangat kemerdekaan dalam kalangan generasi muda adalah seperti acara tahunan sambutan ambang kemerdekaan dan sambutan bulan kemerdekaan.

Namun, pengisianya haruslah bukan sematamata sekadar hiburan tetapi pengisian jiwa yang lebih dekat dengan maksud merdeka bagi memastikan setiap program dirancang mencapai objektif dan dihayati oleh masyarakat, khususnya generasi muda.

“Isu minat terhadap sejarah juga menjadi sebab kenapa golongan muda kini tidak mempedulikan sejarah atas
alasan tiada manfaat dan  tidak memahami kepentingan untuk menghayati sejarah negara sendiri.

“Jadi, pendekatan medium komunikasi media sosial perlu digunakan bersama ikon generasi muda atau pempengaruh media sosial yang beretika dan berilmu dalam penghasilan sebuah cerita atau kandungan yang dibuat,” jelasnya.

Generasi muda sendiri disarankan menghayati sejarah kemerdekaan negara yang sangat istimewa dan jelas mengenai keperluan memahami kandungan sejarah yang dicerita dan dibaca mereka.

“Justeru, negara ini tidak dijajah lagi kerana sekali merdeka, tidak bermaksud merdeka selama-lamanya andai kita lalai dalam menghayati kepentingan sejarah,” katanya.

PUPUK SEJAK AWAL USIA

Kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Memupuk semangat kemerdekaan juga haruslah bermula sejak awal usia.

Anak-anak kecil terutamanya sudah perlu didedahkan dengan nilai dan  erti sebuah kemerdekaan supaya dapat memupuk semangat patriotik mereka.

Pegawai Psikologi Kanan, Pejabat Pendaftar Universiti Putra Malaysia (UPM), Siti Fatimah Abdul Ghani berkata, kesedaran patriotik bermula dari rumah dan sekolah serta negara khususnya.

Antaranya bercerita tentang sejarah, bercerita tentang bendera, menyertai atau menonton perbarisan hari merdeka, mencipta\ buku skrap, melibatkan diri dengan aktiviti main peranan dan permainan yang boleh dianjurkan serta kegiatan seni dan kraf.

“Fasa ini berlaku secara berterusan menerusi pemupukan nilai-nilai murni dalam kalangan kanak-kanak. Sopan santun, berani dan jatidiri.

“Ia juga mampu dicorakkan menerusi pendidikan. Ketokohan dan keperibadian pemimpin yang boleh dicontohi menerusi poster-poster dan
pertandingan sempena bulan kemerdekaan,” katanya.

Kembangkan nilai budaya tertentu melalui pendidikan dengan menyelaraskannya dengan tema berkaitan hari kemerdekaan sebagai sebahagian daripada perayaan.

“Bentukkan semula minda kecil mereka melalui pendidikan, biarkan mereka berbangga menjadi rakyat Malaysia dengan menyumbang kepada pendekatan pembinaan negara.

“Akhirnya menyebarkan mesej keamanan serta menjadikan dunia ini tempat yang berbagai-bagai untuk semua manusia duduki,” katanya lanjut.

SITI FATIMAH ABDUL GHANI

Tambahnya, kanak-kanak meraikan sambutan merdeka secara tahunan menerusi pelbagai aktiviti di peringkat sekolah dan seluruh negara.

Namun aspek pemahaman erti kemerdekaan itu masih perlu ditingkatkan menerusi sesi perkongsian dan bercerita serta menonton kisah, filem dan drama berkaitan supaya mereka sedar setiap mereka berkepentingan dalam aspek kemerdekaan itu.

“Filem Mat Kilau dianggap sesuai kerana unsur-unsur ganas atau dewasa itu tidak terlalu kuat untuk jiwa kanak-kanak.

“Filem lain seperti 1957 Hati Malaya, Leftenan Adnan, Bukit Kepong dan Sarjan Hassan,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN