AROMA piza yang dibakar dalam ketuhar, bercampur keju mozarela dan tomato yang menusuk hidung cukup membangkitkan rasa lapar. Tetamu yang hadir di Nook, Hotel Aloft, berpeluang melihat ketangkasan Sous Cef Faizul Mohd. Fauzan yang menepuk-nepuk doh piza sehingga menjadi bulat, sebelum disapu sos tomato di atasnya dan ditaburi keju mozarela. “Ini adalah piza Napoli yang cara penyediaannya sangat ringkas tanpa banyak menggunakan bahan berbanding piza Roman yang ditaburi cili benggala,…










